Jaclyn Victor | |
---|---|
![]() Jaclyn Victor mengadakan persembahan di Live and Loud KL 2007. | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Jaclyn a/p Joshua Thanaraj Victor |
Juga dikenali sebagai | Jac |
Kelahiran | Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia | 4 Disember 1978
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2004–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Rock, R&B, Balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music (2004–2011) KRU Music (2012–2016) |
Pengkarya berkait | |
Laman sesawang | Laman kelab peminat rasmi |
Paparan amaran: Laman yang menggunakan Templat:Kotak info pemuzik dengan parameter tidak diketahui "religion" |
Jaclyn a/p Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah utama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini. Hingga kini beliau telah memenangi Anugerah Industri Muzik (10 Trofi), Anugerah Juara Lagu (5 Trofi), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2 Trofi) dan Anugerah Planet Muzik (2 Trofi). Jaclyn juga telah memenangi 1 Trofi Anugerah Skrin, 1 Trofi Festival Filem Malaysia, 1 Trofi Anugerah Shout! dan 1 Trofi Anugerah Era. Disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Misha Omar.