Jagadish Chandra Bose জগদীশ চন্দ্র বসু | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 23 November 1937 | (umur 78)
Warganegara | Raj British |
Pusat pendidikan | Universiti Kolkata Universiti Cambridge Universiti London |
Terkenal kerana | Gelombang elektromagnet radio kreskograf |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | fizik, biofizik, biologi, botani, arkeologi, Kesusasteraan Benggali (cereka sains) |
Institusi | Universiti Kepresidenan Kolkata |
Penasihat kedoktoran | John Strutt (Lord Rayleigh) |
Sir Jagadish Chandra Bose[1] CSI, CIE, FRS (Benggali: জগদীশ চন্দ্র বসু, rumi: Jôgodish Chôndro Boshu ; 30 November 1858 – 23 November 1937) adalah seorang pakar fizik, biologi, botani, arkeologi dan penulis asal Benggala, India. Beliau antara pelopor kajian sains eksperimental di India[2] terutamanya melakukan penemuan dalam kajian optik gelombang mikro radio yang mempengaruhi perkembangan menerapkan ilmu ini dalam bidang komunikasi seperti yang dilakukan Guglielmo Marconi walaupun Jagadish tidak ada niat sedemikian.[3][4][5] Beliau juga pelopor pengkaryaan cereka sains dalam Bahasa Benggali bahasa ibundanya.
Beliau pengasas Institut Bose iaitu pusat penyelidikan antarajurusan pertama di Asia pada tahun 1917 serta berkhidmat sebagai pengarah pertamanya sehingga meninggal dunia tahun 1937.[6]