Jumlah penduduk | |
---|---|
31,577 (2010)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Johor dan Pahang) | |
Bahasa | |
Bahasa Jakun, bahasa Melayu | |
Agama | |
Agama tradisi, Kristian, Islam, Hindu | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Orang Temoq, orang Melayu |
Suku Jakun atau Orang Ulu/Orang Hulu (yang bermaksud "orang dari hulu") merupakan kumpulan etnik yang diiktiraf sebagai orang asli di Semenanjung Malaysia.Dari segi ciri antropologi, Jakun adalah Mongoloid selatan.Masyarakat Jakun adalah sub-kumpulan terbesar dalam bahagian Proto-Melayu, dan merupakan sub-kumpulan kedua terbesar dalam keseluruhan Orang Asli, selepas Semai.
Dulu, nama Jakun digunakan sebagai istilah yang merangkumi semua sub-kumpulan dalam bahagian Proto-Melayu, termasuk masyarakat Temuan di barat daya dan tengah Semenanjung serta beberapa komuniti pesisir di selatan Semenanjung, termasuk Orang laut (Orang Seletar, Orang Kuala) dan Orang Kanaq.[2]
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.