James Franco | |
---|---|
![]() Franco pada Mac 2013 | |
Kelahiran | James Edward Franco 19 April 1978 |
Pekerjaan | Pelakon, pembikin filem |
Tahun aktif | 1997–kini |
Saudara |
|
James Edward Franco (lahir 19 April 1978) merupakan seorang pelakon, pembikin filem dan pengajar kolej. Beliau terkenal menerusi filem trilogy Spider-Man oleh Sam Raimi dari tahun 2002 sehingga 2007, selain Milk (2008), Pineapple Express (2008), 127 Hours (2010), Eat, Pray, Love (2010), Rise of the Planet of the Apes (2011), Spring Breakers (2012), Oz the Great and Powerful (2013), This Is the End (2013), dan The Disaster Artist (2017); menerusi filem itu, beliau telah dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-75. Franco turut terkenal menerusi kolaborasi bersama pelakon Seth Rogen, dan mereka pernah bergandingan dalam lapan buah filem dan satu siri televisyen.
Selain filem, Franco juga pernah terlibat dalam lakonan di televisyen, dengan lakonan pertama beliau adalah sebagai Daniel Desario dalam komedi-drama Freaks and Geeks (1999–2000). Beliau juga turut pernah memegang watak James Dean dalam filem biografi televisyen James Dean (2001), yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Golden Globe ke-59. Franco turut pernah muncul dalam drama lipur-lara General Hospital (2009–2012) selain muncul dalam siri 11.22.63 (2016). Beliau juga membintangi drama untuk HBO berjudul The Deuce (2017–kini).
Franco merupakan sukarelawan bagi kerja amal Seni Elysium dan turut mengajar kelas-kelas filem di Universiti New York, Universiti California Selatan, UCLA, Studio 4, dan Sekolah Tinggi Palo Alto.[1][2][3][4][5]