James Jemut Masing

James Jemut Masing
PSM; DA, PNBS (Sarawak); PhD (ANU)
Timbalan Ketua Menteri Sarawak II
Dalam jawatan
13 Januari 2017 – 31 Oktober 2021
Didahului olehAlfred Jabu Numpang
Digantikan olehAwang Tengah Ali Hasan
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi Baleh
Dalam jawatan
1983–2021
Didahului olehPeter Gani Kiai
Dalam jawatan
2004–2021
TimbalanJoseph Salang Gandum
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 31 Oktober 2021
TimbalanJulaihi Narawi
Maklumat peribadi
Lahir(1949-03-05)5 Mac 1949
Baleh, Kapit, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia)
Meninggal dunia31 Oktober 2021(2021-10-31) (umur 72)
Pusat Pakar Perubatan Normah, Petra Jaya, Kuching
Cause of deathKomplikasi jantung
Tempat semadiNirvana Memorial Park, Siniawan, Kuching
Parti politikGPS-PRS (2018–2021)
BN-PRS (–2018)
PasanganPuan Sri Dato Corrine Masing
PertalianJantai Masing (adik)
Anak5

Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing (5 Mac 1949 – 31 Oktober 2021) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari negeri Sarawak. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama-sama dengan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, Douglas Uggah Embas dan Awang Tengah Ali Hasan di bawah Ketua Menteri Adenan Satem sejak Mei 2016 dan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg sejak Januari 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan dalam Kabinet Sarawak sebelum ini. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Baleh, Sarawak.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne