Jang Ki-yong

Jang Ki-yong
Jang Ki-yong, 2019.
Kelahiran (1992-08-07) 7 Ogos 1992 (umur 32)
Ulsan, Korea Selatan
Pendidikan
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
Tahun aktif2012–kini
Ejen
Nama Korea
Hangul
Hanja張基龍
Perumian SemakanJang Gi-yong
McCune–ReischauerChang Kiyong
Tandatangan

Jang Ki-yong ( Hangul장기용  ; lahir 7 Ogos 1992) merupakan seorang pelakon dan model dari Korea Selatan. Pada mulanya, beliau memulakan kerjaya dalam industri model dan kerjaya sebagai pelakon bermula sebagai tetamu dalam It's Okay, That's Love (2014), diikuti dnegan beberapa watak lain dalam siri televisyen yang lain. Beliau berlakon dalam Come and Hug Me (2018), iaitu watak utama pertama beliau dan menjadi terkenal melalui Search: WWW (2019). Jang juga terkenal dengan wataknya dalam Confession Couple (2017), My Mister (2018), Born Again (2020), My Roommate Is a Gumiho (2021) dan Now, We Are Breaking Up (2021-22).

Sebagai model yang berjaya, Jang memperoleh beberapa anugerah termasuk "Anugerah Model Fesyen" pada Anugerah Model Asia 2014 dan "Model Berpakaian Terbaik" di Anugerah Angsa Pakaian Terbaik Korea 2015. Peralihannya kepada bidang lakonan menyebabkan dia menerima anugerah "Pelakon Baharu (TV) Terbaik" di Anugerah Seni Baeksang 2019, "Anugerah Kecemerlangan" di Anugerah Drama MBC 2018 dan banyak lagi. Jang juga terkenal dengan sokongan dengan jenama seperti Estée Lauder, Lancôme dan Nivea Men .


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne