Jangan Pandang Belakang | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Ahmad Idham |
Penulis |
|
Lakon layar | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Indra Che Muda |
Disunting oleh | Ahmad Mustadha |
Muzik oleh | Brian Ng |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 7.4 juta |
Jangan Pandang Belakang ialah sebuah filem seram Malaysia 2007 arahan Ahmad Idham yang mula ditayangkan pada 5 April 2007.
Filem ini menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem Melayu tertinggi di Malaysia sebanyak RM 6.33 juta dan kutipan mencecah RM 7.4 juta di tiga negara iaitu di Malaysia, Kutipan tiket hari pertama filem ini juga mencatat sejarah baru negara dengan mendapat kutipan mencecah RM 410,000 menewaskan filem superhero Cicak-Man yang pernah mengutip RM 350,000 pada hari pertama tayangan di pawagam. Dalam Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang pada 2007 filem ini memenangi anugerah Box Office.
17 tahun kemudian, sekuel bagi filem ini iaitu Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu telah diterbitkan pada 21 November 2024, di mana pengarah terkenal, Pierre Andre mengarah filem tersebut menggantikan Ahmad Idham