Jannah (Arab: جنّة) merupakan konsep syurga dalam ajaran agama Islam. Didalam eskatologi Islam, setelah kematian seseorang akan tetap di dalam alam kubur (barzakh) sehingga 'Hari Kebangkitan' (Yawm al-Qiyāmah). Menurut syariat Islam, bahawa perlakuan setiap individu di alam barzakh adalah berlaku atas amalan (perbuatan) seseorang itu sendiri ketika dia masih hidup, kemudian menjadi sebuah gambaran pada alam akhirat.