Jauzah (Jawi: جوزة), walnat (bahasa Inggeris: walnut) atau kacang otak adalah kekeras yang diperoleh dari dalam buah drupa masak dihasilkan salah satu daripada dua pokok spesies Juglans iaitu J. regia di Eurasia dan J. nigra di Amerika Utara.
Sebanyak 4.5 juta tan metrik kekeras ini telah dihasilkan di seluruh dunia setakat tahun 2019: China menyumbangkan bahagian terbesar sebanyak 56% diikuti Amerika Syarikat, Iran, dan Turki.[1]