Jeff Bridges

Jeff Bridges
Bridges di San Diego Comic-Con 2017
Kelahiran
Jeffrey Leon Bridges

(1949-12-04) 4 Disember 1949 (umur 75)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit, komposer
Tahun aktif1951–kini
PasanganSusan Geston (k. 1977)
Anak-anak3
Ibu bapaLloyd Bridges
Dorothy Bridges
KeluargaBeau Bridges (abang)
Jordan Bridges (anak saudara)

Jeffrey Leon Bridges (lahir 4 Disember 1949) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit, komposer Amerika Syarikat. Beliau datang dari keluarga yang menceburi bidang lakonan dan muncul dalam siri televisyen Sea Hunt (1958–60), bersama bapanya, Lloyd Bridges dan abangnya, Beau Bridges. Beliau memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Lelaki Terbaik untuk peranannya sebagai Otis "Bad" Blake dalam filem 2009 Crazy Heart, dan menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk peranannya dalam filem The Last Picture Show (1971), Thunderbolt and Lightfoot (1974), Starman (1984), The Contender (2000), True Grit (2010), dan Hell or High Water (2016). Filemnya yang lain termasuk Tron (1982), Jagged Edge (1985), The Fabulous Baker Boys (1989), The Fisher King (1991), Fearless (1993), The Big Lebowski (1998), Seabiscuit (2003), Iron Man (2008), Tron: Legacy (2010), dan The Giver (2014).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne