Jefferson Davis | |
---|---|
Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika | |
Dalam jawatan 22 Februari 1862 – 5 Mei 1865 Sementara: 18 Februari 1861 – 22 Februari 1862 | |
Naib Presiden | Alexander H. Stephens |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Senator Amerika Syarikat dari Mississippi | |
Dalam jawatan 4 Mac 1857 – 21 Januari 1861 | |
Didahului oleh | Stephen Adams |
Digantikan oleh | Adelbert Ames (1870) |
Dalam jawatan 10 Ogos 1847 – 23 September 1851 | |
Didahului oleh | Jesse Speight |
Digantikan oleh | John J. McRae |
Setiausaha Perang Amerika Syarikat ke-23 | |
Dalam jawatan 7 Mac 1853 – 4 Mac 1857 | |
Presiden | Franklin Pierce |
Didahului oleh | Charles Conrad |
Digantikan oleh | John B. Floyd |
Ahli U.S. House of Representatives from Mississippi's kawasan at-large | |
Dalam jawatan 8 Disember 1845 – 28 Oktober 1846 Seat D | |
Didahului oleh | Tilghman Tucker |
Digantikan oleh | Henry T. Ellett |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jefferson F. Davis 3 Jun 1808 Fairview, Kentucky, A.S. |
Meninggal dunia | 6 Disember 1889 New Orleans, Louisiana, A.S. | (umur 81)
Tempat semadi | Hollywood Cemetery, Richmond, Virginia, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Gabungan politik lain | Parti Kanan Selatan |
Pasangan |
|
Anak | 6, termasuk Varina |
Pendidikan | Akademi Tentera Amerika Syarikat |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat Mississippi |
Cabang/khidmat | |
Tahun khidmat |
|
Pangkat | |
Unit | 1st U.S. Dragoons |
Pangkalan | 1st Mississippi Rifles |
Perang/Pertempuran | |
Jefferson Finis Davis (3 Jun 1808 – 6 Disember 1889) merupakan seorang ahli politik Amerika yang menjadi Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika sepanjang sejarahnya, iaitu bermula pada tahun 1861 sehingga 1865, lebih tepat lagi semasa Perang Saudara Amerika.
Beliau merupakan graduan lulusan dari West Point, Davis berjuang di dalam Perang Mexico-Amerika sebagai kolonel dalam sebuah rejimen sukarela, dan juga sebagai Setiausaha Perang Amerika Syarikat di bawah Franklin Pierce. Sebelum dan selepas berkhidmat di bawah pentadbiran Pierce, beliau adalah seorang anggota senator daripada Mississippi. Sebagai seorang senator, beliau telah mempertikai pemisahan tetapi percaya setiap negeri adalah berdaulat dan memiliki hak yang tidak boleh dipersoalkan bagi berpisah daripada Kesatuan.
Davis meletak jawatan dari Senat pada bulan Januari 1861, selepas menerima khabar bahawa Mississippi telah berpisah daripada Kesatuan. Pada bulan berikutnya, beliau telah dilantik sementara sebagai Presiden bagi Negeri-Negeri Gabungan Amerika. Pada bulan November 1861, beliau telah dipilih sebagai Presiden untuk selama enam tahun. Semasa memegang jawatan ini, Davis tidak mampu untuk mencari strategi bagi mengalahkan Kesatuan yang lebih besar dan kaya. Desakan Davis terhadap kemerdekaan, meskipun berdepan dengan kekalahan telah memanjangkan perang.
Selepas penawanan Davis pada tahun 1865, beliau telah didakwa dengan dakwaan penderhakaan, walaupun tidak disabitkan, dan dilucutkan kelayakkan beliau untuk memegang jawatan awam. Halangan ini kemudian disingkirkan pada tahun 1978, 89 tahun selepas kematian beliau. Walaupun tidak diaibkan, beliau kemudian dipindahkan ke selatan A.S dengan penuh kasih sayang oleh ketua panglimanya, Robert E. Lee.