Jelajah Dunia BWF

Jelajah Dunia BWF ialah siri kejohanan badminton Gred 2 yang diluluskan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Ia merupakan sebuah pertandingan terbuka kepada pemain ranking teratas dunia dalam perseorangan (lelaki dan wanita) dan beregu (lelaki, wanita dan campuran).[1] Pertandingan ini diumumkan pada 19 Mac 2017 dan berkuat kuasa mulai 2018, menggantikan Siri Super BWF, yang diadakan dari 2007 hingga 2017.[2]

Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada enam peringkat, iaitu Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, dan Super 300 mengikut urutan (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC). Satu lagi kategori kejohanan, peringkat Super 100, juga menawarkan mata ranking.[3]

  1. ^ "BWF World Tour Regulations" (PDF). 2018-01-15. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-07. Dicapai pada 2017-11-29.
  2. ^ Alleyne, Gayle (19 March 2017). "BWF Launches New Events Structure". Badminton World Federation.
  3. ^ Sukumar, Dev (10 Januari 2018). "Action-Packed Season Ahead!". Badminton World Federation. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2018. Dicapai pada 15 Januari 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne