Coklat adalah pelbagai makanan yang diperolehi daripada koko, dicampur dengan lemak iaitu, (mentega koko) dan gula serbuk halus untuk menghasilkan konfeksi pepejal. Terdapat beberapa jenis coklat, dikelaskan mengikut peratusan koko digunakan dalam formula tertentu.
Penggunaan sebutan nama tertentu kadang-kadang tertakluk kepada peraturan kerajaan antarabangsa. Sesetengah kerajaan menetapkan pepejal coklat dan julat coklat yang berbeza.