Jennifer 8.Lee (nama Cina:李競;[1]pinyin: Lǐ Jìng; POJ: Lí Kēng; lahir 15 Mac 1976) ialah seorang wartawan Amerika yang sebelum ini bekerja untuk The New York Times.[2] Beliau juga merupakan pengasas bersama dan presiden studio sastera Plympton,[3] serta penerbit The Search for General Tso, yang ditayangkan di Festival Filem Tribeca 2014.[4]
Lee ialah naib pengerusi Jawatankuasa Kecil Unicode Emoji,[5] yang bertanggungjawab untuk membuat syor berkaitan emoji kepada Jawatankuasa Teknikal Unicode. Diilhamkan oleh kesejagatan ladu merentas budaya dan masakan (cth, jiaozi di China, ravioli di Itali, pierogi di Poland, empanada di pelbagai negara Amerika Latin), beliau membantu menjadikan emoji ladu sebagai calon.[6][7] Beliau juga mengarang bersama cadangan untuk emoji hijab.[8]