Jenut garam atau sira garam[1] ialah tempat di permukaan bumi yang mengandungi garam yang termendap atau diluahkan mata air di mana garam ini menarik perhatian binatang-binatang liar yang mengerumuni kawasan tersebut untuk menjilat agar mendapatkan zat galian diperlukan.[2] Ia boleh terhasil secara semula jadi atau dibuat oleh manusia dengan bongkah garam untuk ternakan jilat di padang ragut. Jenut boleh dijumpai di pelbagai tempat dan membekalkan binatang dengan zat-zat seperti fosforus dan besi penting (seperti natrium, kalsium, ferum, timah sari, dan pelbagai unsur surih) untuk kekuatan tulang, otot dan tumbesaran haiwan seperti rusa, elk, gajah, tenuk, lembu, babi hutan, bebiri, kambing dan landak. Jenut garam memainkan peranan penting dalam ekosistem terutama sekali di kawasan yang kekurangan bekalan zat makanan. Hujan lebat dapat mendedahkan mendapan mineral di dalam tanah untuk binatang dan ada yang mengatakan beberapa jenis haiwan dapat mengesan kalsium dalam taram.[3]
Perkataan jenut menyerap dari rumpun bahasa Asli sepunca dengan perkataan bahasa Temiar jənɔɔd (turunan jɔɔd, "menjilat").[4]:152-153
|date=
(bantuan)