Jericho Rosales | |
---|---|
Kelahiran | Jericho Vibar Rosales 22 September 1979[1] |
Nama lain | Echo |
Tahun aktif | 1996–kini |
Majikan | ABS-CBN |
Ejen | Star Magic (1997–2006; 2014–kini) Manila Genesis (2006–2014) Viva Artists Agency (2013-kini) Cornerstone Talent Management Center (kini)GMA network(1996-1997) |
Pasangan | Kim Jones (k. 2014) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Jeremiah Rosales (adik) John Manalo (anak saudara) |
Jericho Vibar Rosales (lahir 22 September 1979) ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Filipina. Beliau pertama kali muncul di televisyen pada tahun 1996 dan terkenal menerusi gandingan hebat bersama Kristine Hermosa menerusi telenovela Pangako Sa 'Yo (2000–02), Sana'y Wala Nang Wakas (2003–04) dan Dahil May Isang Ikaw (2009–10).
Kerjaya lakonannya di Malaysia bermula pada 2005 menerusi filem Bilut arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Datuk Rosyam Nor dan Eja, kemudian diikuti oleh drama gabungan Malaysia dan Filipina, Kahit Isang Saglit yang menggandingkan beliau bersama Carmen Soo dan juga Kusinero Cinta yang dibintanginya bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah.