Jersi pasukan

Sehelai jersi berbasikal musim panas moden yang sendat

Jersi pasukan (Jawi: جرسي ڤاسوقن‎) atau jersi sukan (Jawi: جرسي سوكن‎) ialah baju yang dipakai oleh ahli pasukan untuk menunjukkan gabungan mereka dengan pasukan tersebut. Jersi mengenal pasti nama dan/atau nombor pemakai, secara amnya menunjukkan warna dan logo pasukan. Nombor kerap digunakan untuk mengenal pasti pemain, kerana uniformnya memberikan pemain penampilan yang serupa.

Suatu jersi juga mungkin termasuk logo penaja pasukan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne