Jessica Biel | |
---|---|
![]() Biel di Festival Filem Cannes 2013 | |
Kelahiran | Jessica Claire Biel 3 Mac 1982 |
Pendidikan | Fairview High School |
Pusat pendidikan | Universiti Tufts |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1991–kini |
Ketinggian | 170 cm (5 ka 7 in) |
Pasangan | Justin Timberlake (k. 2012) |
Anak-anak | 1 |
Jessica Claire Timberlake (née Biel /biːl/; lahir 3 Mac 1982)[1][2] ialah seorang pelakon, model, penerbit, dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Biel memulakan kerjayanya sebagai vokalis yang muncul dalam pertunjukan muzik sehingga beliau memegang watak sebagai Mary Camden dalam siri drama keluarga 7th Heaven (1996-2006), yang mana beliau mendapat pengiktirafan.[3] Siri ini ialah siri terpanjang yang disiarkan di saluran WB dan drama keluarga terpanjang dalam sejarah televisyen.[4]
Pada tahun 1997, beliau memenangi Anugerah Artis Muda untuk peranannya dalam filem drama Ulee's Gold. Beliau mendapat pengiktirafan seterusnya untuk peranan utamanya sebagai Erin Hardesty dalam filem seram The Texas Chainsaw Massacre (2003). Sejak Biel telah membintangi filem-filem seperti The Rules of Attraction (2002), Blade: Trinity (2004), Stealth (2005), The Illusionist (2006), Now I Pronounce You Chuck & Larry (2007), Valentine's Day (2010), A-Team (2010), New Year's Eve (2011), Total Recall (2012), dan Hitchcock (2012).
Pada tahun 2017, beliau ialah penerbit eksekutif dan pelakon rangkaian drama USA Network The Sinner, yang mana beliau menerima pencalonan untuk Anugerah Golden Globe dan Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Utama Cemerlang dalam Siri Terhad atau Filem.[5][6]