Jimmy Carter جيمي کرتر | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke–39 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1977 – 20 Januari 1981 | |
Naib Presiden | Walter Mondale |
Didahului oleh | Gerald Ford |
Digantikan oleh | Ronald Reagan |
Gabenor Georgia ke-76 | |
Dalam jawatan 12 Januari 1971 – 14 Januari 1975 | |
Leftenan | Lester Maddox |
Didahului oleh | Lester Maddox |
Digantikan oleh | George Busbee |
Ahli Senat Georgia dari daerah ke-14 | |
Dalam jawatan 14 Januari 1963 – 10 Januari 1967 | |
Didahului oleh | Daerah diasaskan |
Digantikan oleh | Hugh Carter |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Plains, Georgia | 1 Oktober 1924
Mati | 29 Disember 2024 Plains, Georgia, Amerika Syarikat | (umur 100)
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Rosalynn Smith (k. 1946; m. 2023) |
Anak | 4[1] |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Cabang/khidmat | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun khidmat |
|
Pangkat | Leftenan |
James Earl Carter Jr. (1 Oktober 1924 – 29 Disember 2024) merupakan ahli politik dan aktivis kemanusiaan yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-39 dari tahun 1977 hingga tahun 1981. Sebagai ahli parti Demokrat, beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Gabenor Georgia ke-76 dari tahun 1971 hingga tahun 1975 serta ahli Senat negeri itu dari tahun 1963 hingga tahun 1967.
Di bawah kepimpinannya sebagai presiden, Carter memberi tumpuan kepada isu-isu hak asasi manusia, diplomasi antarabangsa, dan reformasi domestik. Di peringkat antarabangsa, pencapaian utama beliau adalah Perjanjian Kem David pada tahun 1978, yang membawa kepada perjanjian damai antara Mesir dan Israel, serta pengawalan hubungan dengan Kesatuan Soviet melalui Perjanjian SALT II. Walau bagaimanapun, Carter menghadapi cabaran besar dalam negeri, terutamanya krisis tenaga dan inflasi, yang menyebabkan kemerosotan sokongan terhadap pentadbirannya. Krisis tebusan Iran pada tahun 1979, apabila 52 diplomat Amerika ditahan sebagai tebusan lebih dari setahun, turut mencemarkan imej Carter sebagai presiden.[2]
Persaraan Carter selepas kepresidenan adalah yang terpanjang, dan beliau mengukir sejarah sebagai presiden pertama yang mencecah umur 100 pada 1 Oktober 2024.[3] Beliau meninggal dunia pada 29 Disember 2024, 2 bulan selepas mencecah umur 100.[4]