Johannes Albrecht Blaskowitz | |
---|---|
Nama lahir | Johannes Albrecht Blaskowitz |
Kelahiran | Paterswalde, Empayar Jerman sekarang Bolshaya Polyana, Kaliningrad Oblast, Rusia | 10 Julai 1883
Meninggal dunia | 5 Februari 1948 Nuremberg, Jerman taklukan Bersekutu | (umur 64)
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Wehrmacht |
Tahun perkhidmatan | 1901–45 |
Pangkat | Generaloberst |
Arahan | 8. Armee 9. Armee 1. Armee Heeresgruppe G Heeresgruppe H |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Johannes Albrecht Blaskowitz (10 Julai 1883 – 5 Februari 1948) adalah seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) Jerman semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang.
Selaku Panglima Tertinggi Timur (Oberbefehlshaber Ost) di Poland Taklukan Jerman pada tahun 1939–1940, beliau telah menulis beberapa memoranda kepada Pemerintahan Tertinggi Jerman (OKW) yang membantah kekejaman SS. Beliau telah dipecat, tetapi kemudian dilantik semula dan tidak lagi mempersoalkan polisi Nazi.[perlu rujukan] Di dakwa dengan jenayah perang dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi di Nuremberg, beliau membunuh diri pada 5 Februari 1948.[1] Kedua-dua dakwaan dan bunuh diri telah dianggap sebagai satu kebingungan oleh para cendiakawan sejak itu, kerana beliau kemudian dibebaskan atas semua tuduhan dan telah diberitahu oleh peguam belanya yang beliau dijangka akan dibebaskan. [2][3][4]