John Victor Morais

John Victor Morais (lahir 1910 - 6 Mac 1991) merupakan, wartawan, penulis banyak buku tentang Malaysia.

Beliau dilahirkan di Trivandrum (nama lama Thiruvananthapuram),Kerala, selatan India tetapi bersekolah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh, Perak dan Regent Institute, London. Beliau naik kapal SS Rajula dari Pelabuhan Trivandrum menuju ke Tanah Melayu pada 1927.

Isterinya Gladys dan mereka mempunyai lima anak iaitu Herbert, Benedict, Elaine, Dawn dan Justin dan lapan orang cucu. Mereka tinggal di No 2, Jalan 5/7A, Petaling Jaya. Anaknya Dr Dawn Morais sambung belajar peringkat PhD jurusan bahasa Inggeris di University of Hawaii.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne