Johor Darul Ta'zim F.C.

Johor Darul Ta'zim FC
Nama penuhJohor Darul Ta'zim Football Club
GelaranHarimau Selatan
Nama pendekJDT
Diasaskan2020; 5 tahun yang lalu (2020) (KBPKENJ)
2021; 4 tahun yang lalu (2021) (KB Johor)
2013; 12 tahun yang lalu (2013) (Johor Darul Ta'zim FC)
StadiumStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
(Kapasiti: 40,000)
PemilikEmiriah Arab Bersatu Royal Football Fund (30%)
JohorTunku Ismail Sultan Ibrahim (70%)[1]
PresidenJohor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
PengurusVenezuela Héctor Bidoglio
LigaLiga Super Malaysia
2023(Gelaran ke-10)
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Johor Darul Ta'zim Football Club[2] atau ringkasnya JDT ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Johor BahruJohor, Malaysia. Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.[3] Pada 2014, JDT memperoleh penghormatan besar pertama mereka dengan memenangi liga kebangsaan pada musim pertama di bawah pengurus Croatia Bojan Hodak. Di bawah bimbingan Mario Gómez dari Argentina, mereka memenangi Piala AFC 2015 dan Liga Super 2015. Dengan memenangi Piala AFC, JDT menjadi pasukan Malaysia kedua sejak 1967 yang memasuki perlawanan akhir pertandingan utama peringkat benua, dan kelab Malaysia yang pertama memenangi kejohanan benua. Antara 2014 dan 2021, JDT memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut. Sebelum pencapaian ini, tiada pasukan Malaysia pernah memenangi kejohanan liga lebih daripada dua kali berturut-turut sejak sistem liga mula diperkenalkan di Malaysia pada 1979.

Sejak 2012, Johor Darul Ta'zim FC dikenali dengan nama panggilan baharu mereka, Harimau Selatan menggantikan nama panggilan lama Sang Lebah (Johor FC). Nama jolokan baharu itu adalah berdasarkan lambang Majlis Negeri Johor. Padang tuan rumah pasukan ialah Stadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 orang. Sejak 2013, kelab itu telah membina saingan sengit dengan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC.

  1. ^ "HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club". johorsoutherntigers.com. 9 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-21. Dicapai pada 2018-12-28.
  2. ^ Darul Ta'zim FC nama baru Johor @ Johor FC Diarkibkan 2016-02-20 di Wayback Machine, Sokernet, 5 Disember 2012
  3. ^ "HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club" (dalam bahasa Inggeris). Johor Southern Tiger. 9 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne