Joker | |
---|---|
Pengarah | Todd Phillips |
Penulis |
|
Berdasarkan | Characters daripada DC |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Lawrence Sher]] |
Disunting oleh | Jeff Groth |
Muzik oleh | Hildur Guðnadóttir |
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | USD55–70 juta[2][3] |
Pecah panggung | USD1.074 bilion[4][5] |
Joker adalah filem drama debaran Amerika Syarikat 2019 arahan Todd Phillips yang juga penulis skrip bersama Scott Silver untuk Warner Bros. Pictures bersama-sama Village Roadshow Pictures, Bron Creative and Joint Effort. Filem ini didasarkan watak The Joker dari DC Comics dibintangi Joaquin Phoenix yang melakon watak Arthur Fleck, seorang pelawak yang gagal yang didorong oleh kegilaan dan berubah menjadi penjahatan menngungkitkan kekacauan di Gotham City. Robert De Niro, Zazie Beetz, Frances Conroy, Brett Cullen, Marc Maron, Glenn Fleshler, Douglas Hodge dan Brian Tyree Henry antara pelakon lain yang membintangi bersama.
Filem ini mula ditayangkan pada acara Festival Filem Antarabangsa Venezia ke-76 pada 31 Ogos 2019 di mana ia memenangi anugerah Singa Emas terpuji sana, ia ditayangkan se-Amerika Syarikat pada 4 Oktober 2019. Filem ini diterima hangat baik sesama para pengkritik filem yang menyentuh aspek provokatif dan ganas dalam penceritaan filem mahupun produksi persembahan para pelakonnya.[6]
Ia memperoleh kutipan lebih $1 bilion sekaligus filem bertaraf R pertama yang melakukannya, dan menjadi keenam-tertinggi- filem kutipan tahun 2019 semasa tayangan teaternya. Filem ini juga menerima banyak anugerah. Pada Anugerah Akademi ke-92, ia memperoleh 11 pencalonan terkemuka, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Adaptasi Lakon Layar Terbaik serta memenangkan Pelakon Terbaik untuk Phoenix dan Skor Muzik Asal Terbaik untuk Hildur Guðnadóttir.
Filem sambungannya Joker: Folie à Deux bakal ditayangkan pada 4 Oktober 2024.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DCStrategy
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama opening