Joko Widodo

Joko Widodo
ꦗꦏ​ꦮꦶꦢꦢ
DK (Brunei)
Potret rasmi, 2019
Presiden Indonesia ke-7
Dalam jawatan
20 Oktober 2014 – 20 Oktober 2024
Naib PresidenJusuf Kalla
(2014–2019)
Ma'ruf Amin
(2019–2024)
Didahului olehSusilo Bambang Yudhoyono
Digantikan olehPrabowo Subianto
Gabenor Jakarta ke-14
Dalam jawatan
15 Oktober 2012 – 16 Oktober 2014
TimbalanBasuki Tjahaja Purnama
Didahului olehFauzi Bowo
Digantikan olehBasuki Tjahaja Purnama
Datuk Bandar Surakarta ke-15
Dalam jawatan
28 Julai 2005 – 1 Oktober 2012
TimbalanF. X. Hadi Rudyatmo
Didahului olehSlamet Suryanto
Digantikan olehF. X. Hadi Rudyatmo
Maklumat peribadi
Lahir
Mulyono bin Notomiharjo[1]
ꦩꦸꦭꦾꦤ​ꦧꦶꦤ꧀​ꦤꦠꦩꦶꦲꦂꦗ

(1961-06-21) 21 Jun 1961 (umur 63)
Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia[2]
KewarganegaraanIndonesia
PasanganIriana (k. 1986)
AnakGibran Rakabuming Raka
Kahiyang Ayu
Kaesang Pangarep
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • Widjiatno Notomiharjo (1940 - 2000) (bapa)
  • Sudjiatmi (1943 - 2020) (ibu)
KediamanSurakarta (peribadi)
Tempat belajarUniversitas Gadjah Mada
PekerjaanAhli politik
TandatanganTandatangan
Laman webLaman web presiden

Dato Laila Utama Ir. Haji Joko Widodo (bahasa Jawa: ꦗꦏ​ꦮꦶꦢꦢ, translit. Jåkå Widådå, lahir 21 Jun 1961) atau juga dikenali umum sebagai Jokowi (bahasa Jawa: ꦗꦏ​ꦮꦶ) ialah seorang ahli politik Indonesia yang kini menyandang jawatan sebagai Presiden negara tersebut ke-7 sejak 2014 sehingga 2024. Beliau menganggotai Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P). Sebelum menjadi presiden, beliau berkhidmat sebagai Gubernur Daerah Khusus Ibukota Jakarta dari tahun 2012 hingga 2015 dan sebagai datuk bandar Surakarta dari tahun 2005 hingga 2012. Jokowi terkenal sebagai presiden pertama Indonesia yang tidak berasal apatah lagi dilantik dari kalangan elit politik atau ketenteraan negara itu.

Jokowi dilahirkan dan dibesarkan di kawasan setinggan tepi sungai di Surakarta. Beliau menamatkan pengajian di Universitas Gadjah Mada pada tahun 1985. Beliau berkahwin dengan isterinya, Iriana, setahun kemudian. Sebelum menjadi Wali Kota Bandar Surakarta pada tahun 2005, beliau bekerja sebagai tukang kayu dan pengeksport perabot.[3][4] Beliau mendapat pengiktirafan negara semasa menjadi Datuk Bandar. Pada tahun 2012, beliau dipilih sebagai gabenor Jakarta bersama Basuki Tjahaja Purnama sebagai timbalannya.[5][6][7] Sebagai gabenor, beliau menambah baik politik tempatan, memperkenalkan pemeriksaan mengejut yang dikenali sebagai lawatan blusukan,[8] dan meningkatkan birokrasi bandar sambil mengurangkan rasuah. Beliau juga melaksanakan program untuk meningkatkan kualiti hidup, termasuk penjagaan kesihatan sejagat dan mengorek sungai utama bandar untuk mengurangkan banjir. Selain itu, beliau memulakan pembinaan sistem kereta bawah tanah di bandar itu.[9]

Pada tahun 2014, Jokowi dicalonkan sebagai calon PDI-P untuk pilihan raya presiden,[10] dengan Jusuf Kalla sebagai calon naib presiden. Beliau memenangi pilihan raya tersebut dan mengangkat sumpah pada 20 Oktober 2014.[11][12] Sejak memegang jawatan, Jokowi menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur, kesihatan, dan pendidikan.[13] Dari segi dasar luar, pentadbirannya telah menekankan kepentingan kedaulatan Indonesia,[14] termasuk menenggelamkan kapal nelayan asing haram[15] dan mengutamakan hukuman mati bagi penyeludup dadah, walaupun mendapat bantahan daripada kuasa asing seperti Australia dan Perancis.[16][17] Beliau memenangi pilihan raya pada tahun 2019 untuk penggal kedua, menewaskan Prabowo Subianto, rakannya sendiri, sekali lagi.[18]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama tirto
  2. ^ "Presiden Joko Widodo" (dalam bahasa Indonesia). Presiden Republik Indonesia. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama little
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama rakabu
  5. ^ "Editorial: Jokowi's real battle". The Jakarta Post. 22 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2012. Dicapai pada 3 December 2016.
  6. ^ Hairani, Linda (30 October 2014). Kustiani, Rini (penyunting). "Asal Mula Basuki Tjahaja Purnama Dipanggil Ahok". Tempo. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2019. Dicapai pada 21 October 2016.
  7. ^ Megarani, Amandra (19 March 2012). "Naik Kopaja, Jokowi-Ahok Daftar Jadi Cagub DKI". Tempo. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2018. Dicapai pada 20 February 2021.
  8. ^ Banyan (21 January 2014). "No ordinary Jokowi". The Economist. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2014. Dicapai pada 31 August 2017.
  9. ^ "Indonesia's rock governor". Al Jazeera. 4 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2021. Dicapai pada 31 August 2017.
  10. ^ Cochrane, Joe (14 March 2014). "Governor of Jakarta Receives His Party's Nod for President". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2014. Dicapai pada 20 February 2021.
  11. ^ "Jakarta governor Widodo wins Indonesian presidential election". Indonesia News. 22 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2014. Dicapai pada 23 July 2014.
  12. ^ Thatcher, Jonathan; Kapoor, Kanupriya (23 July 2014). "Indonesian president-elect Jokowi calls for unity after bitter election". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2016. Dicapai pada 31 August 2017.
  13. ^ "Jokowi chasing $196b to fund 5-year infrastructure plan". The Straits Times. 27 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2018. Dicapai pada 22 April 2018.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sovereignty
  15. ^ Chan, Francis (21 April 2017). "Indonesia blows up and sinks another 81 fishing boats for poaching". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2017. Dicapai pada 21 May 2019.
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama balinine
  17. ^ Halim, Haeril (22 July 2017). "Jokowi orders police to gun down foreign drug traffickers". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2017. Dicapai pada 31 August 2017.
  18. ^ Beech, Hannah; Suhartono, Muktita (20 May 2019). "Joko Wins Re-Election in Indonesia, Defeating Hard-Line Former General". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2019. Dicapai pada 21 May 2019.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne