Kerajaan Joseon | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1392–1897 | |||||||||
| |||||||||
Ibu negara | Hanseong | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Korea | ||||||||
Agama | Neo-Konfusianisme (agama rasmi), Buddha | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Raja | |||||||||
• 1392–1398 | Taejo (pertama) | ||||||||
• 1418–1450 | Sejong yang Agung | ||||||||
• 1776–1800 | Jeongjo | ||||||||
• 1863–1897 | Gojong (terakhir)1 | ||||||||
Perdana Menteri | |||||||||
• 1431–1449 | Hwang Hui | ||||||||
• 1466–1472 | Han Myeonghoe | ||||||||
• 1592–1598 | Ryu Seongryong | ||||||||
• 1793–1801 | Chae Jegong | ||||||||
Era Sejarah | Zaman Moden Awal | ||||||||
• Rampasan kuasa 1388 | 20 Mei 1388 | ||||||||
• Pertabalan Taejo | 17 Julai 1392 | ||||||||
9 Oktober 1446 | |||||||||
1592–1598 | |||||||||
1636–1637 | |||||||||
27 Februari 1876 | |||||||||
12 Oktober 1897 | |||||||||
Populasi | |||||||||
• 1500 [2] | est. 6,510,000 | ||||||||
• 1753 [2] | est. 18,660,000 | ||||||||
Mata wang | Mun, Yang | ||||||||
| |||||||||
1Menjadi Maharaja Korea pada tahun 1897 |
Dinasti Joseon, Chosŏn, Chosun, Choseon (Julai 1392 – Ogos 1910; Jawi: ديناستي جوسون ), merupakan sebuah negara berdaulat yang diasaskan oleh Yi Seong-gye, yang kini menjadi Korea. Dinasti Joseon berkuasa selama lebih daripada lima abad. Penubuhan Joseon terjadi setelah kejatuhan Dinasti Goryeo yang beribu kota di Gaeseong dan kemudian berpindah ke Hanyang. Wilayah Dinasti Joseon diperluas sehingga Sungai Yalu dan Duman di utara setelah berjaya menakluki bangsa Jurchen. Joseon merupakan dinasti penganut Konfusius yang paling lama memerintah di dunia. Setelah pengisytiharan Empayar Korea pada tahun tahun 1894, tempoh kekuasaan dinasti ini berakhir dengan pendudukan Jepun pada tahun 1910.
Pengasas wangsa Joseon ialah Yi Seong-gye yang dijulang sebagai Raja Taejo. Beliau merupakan seorang ahli puak Yi dari Jeonju yang melancarkan rampasan kuasa aman terhadap Raja Woo dari Goryeo. Yi Seong-gye terkenal sebagai pemimpin tentera yang cerdik dalam memimpin perang terhadap lanun Jepun yang mengganggu perairan Korea. Beliau memindahkan ibu kota dari Gaegyeong (kini Gaeseong) ke Hanseong lalu mendirikan istana Gyeongbok pada tahun 1394. Pewarisan takhta secara nasab bapa dari Raja Taejo tidak pernah terputus sampai akhirnya. Pemerintah terakhir, Sunjong, atau Empayar Yungheui yang digulingkan oleh tentera Jepun pada tahun 1910.
Sepanjang pemerintahannya, Joseon memimpin seluruh Korea, menganut fahaman Konfusianisme dan menerapkannya dalam masyarakat, mengimport dan memeluk kebudayaan Cina. Pada ketika inilah Korea mencapai kegemilangan dalam bidang budaya, sastera, dan sains. Namun demikian, Joseon mengalami kemerosotan besar pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17 akibat penjajahan Jepun dan serangan Dinasti Qing. Perkara itu menyebabkan Joseon mulai mengamalkan dasar pemencilan dari dunia luar sehingga mendapat gelaran Negara Pertapa. Joseon perlahan-lahan membuka pintunya pada abad ke-18, namun menghadapi perselisihan dalaman, tekanan kuasa asing, serta pemberontakan dalam negara sehingga menjelang akhir abad ke-19, Joseon mulai kehilangan kecekapannya. Pada tahun 1895, Joseon dipaksa menandatangani surat kemerdekaan dari Dinasti Qing setelah kemenangan Jepun dalam Perang Cina-Jepun Pertama serta Perjanjian Damai Shimonoseki. Pada tahun 1897-1910, Joseon secara umum dikenali sebagai Empayar Korea untuk menandakan bahwa Joseon tidak lagi berada dalam kekuasaan Dinasti Qing. Empayar Jepun mengakhiri zaman Dinasti Joseon pada tahun 1910 apabila Raja Gojong dipaksa menandatangani Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea.
Zaman Dinasti Joseon telah meninggalkan warisan yang sangat berpengaruh pada wajah Korea masa kini; etika dan norma-norma budaya, perilaku sosial, dan juga bahasa Korea moden dan loghat-loghtanya berakar-umbikan pola pemikiran tradisional pada zaman ini.
1392년부터 1910년까지 한반도 전역을 통치하였던 조선(朝鮮)은 일반적으로 조선 왕조(朝鮮王朝)라 칭하였으며, 어보(御寶), 국서(國書) 등에도 대조선국(大朝鮮國)이라는 명칭을 사용하였었다. (terjemahan) Joseon yang memerintah mulai tahun 1392 hingga 1910 sering digelar "Dinasti Joseon" sementara "Kerajaan Joseon" digunakan dalam Mohor Diraja, persuratan rasmi dan lain-lain.CS1 maint: unrecognized language (link)