Josh Hutcherson

Josh Hutcherson
Josh Hutcherson smiling, wearing an open patterned brown and tan flannel, with a brown shirt underneath
Hutcherson pada tahun 2015
Kelahiran
Joshua Ryan Hutcherson

(1992-10-12) 12 Oktober 1992 (umur 32)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–sekarang
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Joshua Ryan "Josh" Hutcherson (lahir Oktober 12, 1992) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Hutcherson memulakan karier lakonannya pada awal era 2000an, muncul dalam beberapa komersial dan filem kecil serta peranan televisyen sebelum mendapat peranan besar pertamanya dalam House Blend. Peranan filem pertamanya adalah dalam Miracle Dogs (2003) disusuli dengan The Polar Express (2004) dan peranan suara dalam Howl's Moving Castle (2005).

Filem-filem awal Hutcherson yang lain termasuk Little Manhattan, Zathura, RV, Bridge to Terabithia, Journey to the Center of the Earth dan The Kids Are All Right. Pada tahun 2011, beliau mendapat watak utama sebagai Peeta Mellark dalam siri filem The Hunger Games. Beliau juga mempunyai peranan dalam Journey 2: The Mysterious Island dan peranan suara dalam filem animasi, Epic (2013).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne