![]() |
Jugah anak Barieng SSM, PMN (Malaysia); DP (Sarawak) | |
---|---|
Menteri Hal Ehwal Sarawak | |
Dalam jawatan 1963 – Tidak diketahui | |
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | |
Didahului oleh | Jawatan dibentuk |
Digantikan oleh | Abdul Taib Mahmud |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1903 Kapit, Kerajaan Sarawak |
Meninggal dunia | 8 Julai 1981, umur 78 Kuching, Sarawak, Malaysia |
Parti politik | Parti Pesaka Sarawak (1962-1973) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (1973-1981) |
Pasangan | Toh Puan Tiong Anding (meninggal dunia) |
Anak | Sani Jugah (meninggal dunia) Anchang Jugah Siah Jugah Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah Edmund Erong Jugah (meninggal dunia) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah Anak Barieng (s. 1903 – 8 Julai 1981), atau juga dikenali sebagai Tun Jugah atau Apai (ayah dalam Bahasa Iban), ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Orang Iban dan menubuhkan Parti Pesaka pada tahun 1962. Temenggung Jugah menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Beliau menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau adalah pemimpin Sarawak yang pertama dilantik menjadi Menteri dalam Kerajaan Malaysia dengan memegang jawatan Menteri yang menguruskan hal ehwal Sarawak. Beliau kemudiannya menjadi presiden pertama bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1981.