Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Julius Caesar (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Gaius Julius Caesar (Tulisan Jawi: ڬايوس جوليوس سيزر; 13 Julai 100 SM - 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politik, jeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang penting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom. Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno. Caesar membuat serangan pertama oleh Rom terhadap Britain pada tahun 55 SM, dan penaklukan Gaul oleh beliau telah memperluas dunia Rom sehingga ke Lautan Atlantik. Sejak beberapa zaman, gelaran "Caesar" telah menjadi lambang pemerintah agung yang berkuasa seperti "Kaiser" dalam bahasa Jerman dan "Tsar" dalam bahasa Slavik. Pada tahun 42 SM, iaitu dua tahun selepas pembunuhannya, Senat Rom telah menerima Caesar secara rasmi sebagai salah satu daripada dewa Rom. Dilahirkan pada bulan Quinctilis (13 Julai), bulan ini kemudiannya diberikan nama "Julai" (daripada nama "Julius") untuk memperingati jasa beliau.
Caesar bertempur dalam satu perang saudara yang menyebabkan beliau menjadi penguasa dunia Rom yang tidak dapat dipertikaikan dan selepas mengambil alih kerajaan, beliau memulakan pembaharuan yang meluas untuk kedua-dua masyarakat dan kerajaan Rom. Beliau diisytiharkan sebagai diktator seumur hidup, dan memusatkan birokrasi Republik dengan pesat. Dengan penuh ironi, ini memaksa Marcus Junius Brutus, kawan Caesar, untuk berkomplot dengan orang-orang lain bagi tujuan membunuh beliau dan memulihkan Republik Rom. Pembunuhan yang dramatik ini pada 15 Mac 44 SM mencetuskan satu perang saudara yang baru di Rom.
Kempen-kempen ketenteraan Caesar dikenali secara terperinci daripada Ulasan-ulasan beliau sendiri, dan banyak perincian hidupnya telah dicatatkan oleh ahli-ahli sejarah yang kemudian, seperti Appian, Suetonius, Plutarch, Cassius Dio, dan Strabo. Maklumat tambahan boleh didapati daripada sumber sezaman yang lain, seperti persuratan dan ucapan Cicero, pesaing politik Caesar, serta puisi Catullus, dan tulisan ahli sejarah Sallust.