Junta tentera adalah suatu bentuk pemerintahan terdiri dari kepimpinan suatu jawatankuasa (junta dalam bahasa Sepanyol, asalnya mengungkapkan pihak pemberontak Sepanyol menentang Napoleon semasa Perang Semenanjung)[1] dianggotai orang kuat dalam sesebuah tentera bercirikan kediktatoran oligarki[2] yang mendapatkan kuasa melalui penggulingan pemerintahan yang sebelumnya. Negara yang mengamalkan bentuk pemerintahan junta ketenteraan ialah Myanmar.