Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Itali. (Februari 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Nama penuh | Juventus Football Club S.p.A | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | La Vecchia Signora (Wanita Tua) La Fidanzata d'Italia (Kekasih Italia) I Bianconeri (Sang Hitam Putih) Le Zebre (Sang Kuda Belang) La Signora Omicidi (Wanita Pembunuh)[1] | |||
Diasaskan | 1 November 1897[2] | , sebagai Sport-Club Juventus|||
Stadium | Allianz Stadium (Kapasiti: 41,475) | |||
Pemilik | Keluarga Agnelli (menerusi EXOR S.p.A, Borsa Italiana | |||
Pengerusi | Andrea Agnelli | |||
Pengurus | Massimiliano Allegri | |||
Liga | Serie A | |||
2023/24 | Serie A, tempat ke-3 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Juventus Football Club S.p.A. (sebutan bahasa Itali: [juˈvɛntus] terdekat [yu.vén.tus] dari Latin iuventūs "belia" terbitan kata iuvenis "muda";[3] juga diringkaskan sebagai Juventus atau Juve[4] disebut [ˈjuːve]) merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Torino, Itali. Kelab ini kelab ketiga tertua di negara asalnya dan banyak menghabiskan sebahagian besar sejarahnya di Serie A, iaitu divisyen pertama Itali kecuali pada musim 2006–07.
Juventus ditubuhkan pada tahun 1897 di bawah nama Sport-Club Juventus. Kelab ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar muda Turin[2] termasuk Eugenio Canfari menjadi presiden Juventus yang pertama dan abangnya Enrico.[5][6][7] Mereka berdua telah diuruskan oleh keluarga Agnelli sejak tahun 1923 lalu menjadikan Juventus kelab profesional pertama di negara ini.[8][9] Kelab ini telah menjadi simbol bangsa Itali (Italianità)[10] kerana kecemerlangan tinggi kelab ini yang mendampak terhadap masyarakat Itali terutamanya pada era 1930-an dan dekad pertama selepas Perang Dunia Kedua melalui penyertaan anggota kelab ini dalam pasukan kebangsaan Itali. Peminat kelab ini ialah yang terbanyak berbanding mana-mana kelab Itali lain dan Juventus juga salah satu kelab memiliki peminat terbanyak di dunia. Sokongan ke atas Juventus sangat meluas di seluruh Itali dan luar negara terutamanya negara yang didiami pendatang Itali.
Juventus sebelum ini merupakan kelab paling cemerlang dalam sejarah bola sepak Itali.[11][12][13] Secara keseluruhannya, Juventus telah memenangi 61 gelaran rasmi sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa. Di sini termasuklah 32 gelaran liga, 11 trofi Coppa Italia, tujuh gelaran Supercoppa Italiana dan 11 gelaran Eropah atau kejohanan antara benua. Juventus berada di kedudukan keempat di Eropah dan kelapan di dunia dalam rekod kelab terbanyak dari terma pengumpulan trofi.
Pada tahun 1985, Juventus ketika berada di bawah bimbingan Giovanni Trapattoni menjadi kelab pertama dalam sejarah bola sepak Eropah yang memenangi ketiga-tiga kejohanan utama yang dianjurkan UEFA, iaitu Piala Kelab Eropah, Piala Juara-Juara Eropah dan Piala UEFA keseluruhannya meraih 13 trofi dalam masa 10 tahun sehingga tahun 1986.[14][15] Selepas menjuarai Piala Antara Benua pada tahun yang sama, kelab ini juga menjadi kelab pertama yang telah meraih gelaran Eropah dan kejohanan dunia.[16][17]
[18]Juventus pernah dikalahkan oleh pasukan Malaysia (Harimau Malaya) pada tahun 2012 pada perlawanan persahabatan di Stadium Bukit Jalil dengan keputusan 2-1. Gol pertama dijaringkan oleh Syukor Adan dan gol kedua dijaringkan oleh Aidil Zafuan.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JFC History
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama successful
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Europe
|deadurl=
ignored (bantuan)