KRI Abdul Halim Perdanakusuma (355) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget kelas Ahmad Yani yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Abdul Halim Perdanakusuma memenuhi keperluan pertahanan laut Indonesia dari kapal-kapal musuh.
KRI Abdul Halim Perdanakusuma merupakan bekas friget British (HMS Leander), dijual kepada Belanda (HMNLS Van Speijk) F804, versi kelas RN Leander yang rekabentuknya diubahsuai sedikit. Ia dibina pada 1967 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1977-1980. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat[1] telah digantikan dengan dua pelancar SAM Mistral.
KRI Abdul Halim Perdanakusuma diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Abdul Halim Perdanakusuma dibina oleh Koninklijke Mattshappij de Schelde, Vlissingen, Netherlands. Dinamakan sempena Abdul Halim Perdana Kusuma, salah seorang pahlawan nasional yang namanya juga merupakan nama bandaraya dan pengkalan udara di Jakarta.
Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Abdul Halim Perdanakusuma adalah KRI Slamet Riyadi, KRI Yos Sudarso, KRI Oswald Sihaan, KRI Ahmad Yani, dan KRI Karel Satsuitubun.
KRI Abdul Halim Perdanakusuma mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Abdul Halim Perdanakusuma dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam.
Kapal KRI Abdul Halim Perdanakusuma sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57meter ( 372.1kaki panjang * 41kaki * 15kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Abdul Halim Perdanakusuma mempunyai seseran 2,940 tan penuh.