KRU | |
---|---|
Berasal dari | Malaysia |
Genre | R&B, Hip Hop, Pop |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1992–2018 • 2024–kini |
Syarikat rakaman | EMI Music Malaysia (1992-2006) KRU Records (1995-2018) Sony Music Malaysia (2024- Kini) |
Pengkarya berkait | Feminin, Elite, Indigo, Juliana Banos, Ezlynn, Rabbani, Ella, Tyco, Abon, Adam AF2, Stacy AF6, V.I.P., Saiful Apek, Shy'8, Forteen, M. Daud Kilau, Altimet, Mojo, Jaclyn Victor, Anita Sarawak, Dafi Izzue Islam Lisa Surihani |
Laman sesawang | http://www.krustudios.com |
Ahli | (Norman) Dato' Norman bin Abdul Halim (Yusry) Datuk Yusry bin Abdul Halim (Edry) Edry bin Abdul Halim |
KRU[a] merupakan kumpulan pop dan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 1992.[1] Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman,[2] Yusry dan Edry Abdul Halim.[3] Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.[4][5]
Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 Mei.[6] Pada Oktober 2024, atas permintaan ramai, KRU mengumumkan bahawa mereka akan kembali menyanyi dan menghasilkan album baharu berjudul 'kaset' bersama Sony Music. Mereka turut merancang mengadakan konsert jelajah pada tahun 2025.[7]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan