Kabinet Ismail Haniyeh kedua | |
---|---|
Kabinet Pihak Berkuasa Palestin Ke-11 | |
Tarikh dibentuk | 17 Mac 2007 |
Tarikh dibubarkan | 14 Jun 2007 |
Orang dan pertubuhan | |
Ketua negara | Mahmud Abbas |
Ketua kerajaan | Ismail Haniyeh |
Timbalan ketua kerajaan | Azzam al-Ahmad |
Jumlah bilangan menteri | 25 |
Parti anggota | |
Status dalam badan perundangan | Kerajaan perpaduan |
Parti pembangkang | Tiada |
Sejarah | |
Pilihan raya | Perundangan 2006 |
Pendahulu | Kabinet Ismail Haniyeh pertama |
Pengganti | Kabinet Salam Fayyad pertama |
Kerajaan Perpaduan Kebangsaan Palestin, atau Kabinet Ismail Haniyeh kedua ialah sebuah pemerintahan bagi Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, yang diketuai oleh Ismail Haniyeh, yang dibentuk pada 17 Mac 2007 dan dibubarkan pada 14 Jun 2007.[1]
Kerajaan Perpaduan ini dibentuk pada 17 Mac 2007 susulan rundingan di Mekah, tetapi disebabkan gagal mendapatkan sokongan antarabangsa (kerana tidak memenuhi syarat daripada Kuartet), ia tidak bertahan lama. Israel menolak pembentukan kerajaan ini dan berkata akan berunding dengan Abbas, tetapi tidak dengan kerajaan baharu melainkan ia mengiktiraf kewujudan negara Yahudi tersebut. Pegawai Israel berkata mereka akan cuba memujuk dunia untuk tidak berunding dengan kerajaan ini.[1]
Kerajaan ini dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas pada 14 Jun 2007 selepas Hamas mengambil alih pentadbiran Gaza.