Kabinet Negeri Sarawak

Kabinet Negeri Sarawak
Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak
Gambaran keseluruhan
NegaraSarawak
Bidang kuasaSarawak Sunting ini di Wikidata
KetuaPremier
Dilantik olehYang di-Pertua Negeri atas nasihat Premier
Bertanggungjawab kepadaDewan Undangan Negeri
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak atau sering digunakan sebagai Kabinet Negeri Sarawak ialah cabang eksekutif bagi kerajaan Sarawak, Malaysia. Majlis ini terdiri daripada Premier dan beberapa anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak yang terpilih.

Majlis ini adalah serupa dalam struktur dan peranan Kabinet di peringkat persekutuan, cuma saiznya lebih sederhana. Oleh kerana tanggungjawab persekutuan dan negeri berbeza, terdapat beberapa portfolio yang berbeza antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Portfolio di Sarawak digelar sebagai kementerian, manakala anggota Majlis ini dipanggil sebagai Menteri. Menteri-menteri dibantu oleh seorang atau dua orang penolong menggunakan gelaran Timbalan Menteri. Timbalan Menteri bukan anggota Majlis.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne