Kabupaten Jombang

Rencana ini mengenai Jombang sebagai sebuah kabupaten. Untuk kegunaan lain, sila lihat Jombang (nyahkekaburan).


Kabupaten Jombang
Kawasan tahap II
Cogan kata: -
Map
Peta
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Indonesia Java" tidak wujud.
Koordinat: 7°28′S 112°14′E / 7.47°S 112.23°E / -7.47; 112.23
Negara Indonesia
ProvinsiJawa Timur
Tanggal berdiri-
Dasar hukumUU No. 12/1950
Ibu kotaJombang
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 21
  • Kelurahan: 306
Pentadbiran
 • BupatiDrs. H. Suyanto
Keluasan
 • Jumlah1,159.50 km² km2 (Bad rounding hereFormatting error: invalid input when rounding batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah1,163,420 (2,005)
 • Kepadatan1,003/km2 (2,600/batu persegi)
Demografi
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Kode telepon0321
Laman sesawanghttp://www.jombang.go.id


Jombang ialah sebuah kabupaten yang terletak di bahagian tengah Provinsi Jawa Timur. Luas kawasannya 1,159.50 km², dan jumlah penduduknya 1,160,434 orang (2004). Pusat kota Jombang terletak di tengah-tengah wilayah Kabupaten yang tingginya 44 meter atas aras laut, dan berjarak 79 km (1.5 jam perjalanan) dari barat daya kota Surabaya, ibu kota Provinsi Jawa Timur. Jombang memiliki kedudukan yang sangat strategik kerana terletak di persimpangan lebuh raya selatan Pulau Jawa (Surabaya-Madiun-Yogyakarta), lebuh raya Surabaya-Tulungagung, serta lebuh raya Malang-Tuban.

Jombang juga dikenali dengan gelaran "kota warak"  kerana banyaknya sekolah pendidikan Islam (sekolah agama berasrama) terletak di wilayahnya. Bahkan ada pameo (pantun dua baris) yang mengatakan bahawa Jombang adalah pusat sekolah agama berasrama di tanah Jawa kerana hampir seluruh pengasas sekolah agama berasrama di Jawa pasti pernah belajar di Jombang. Antara sekolah-sekolah agama berasrama yang terkenal ialah Tebuireng, Denanyar, Tambak Beras, dan Darul Ulum (Rejoso).

Terdapat juga banyak tokoh Indonesia yang terkenal yang dilahirkan di Jombang, antaranya KH Abdurrahman Wahid, bekas presiden Indonesia , KH Hasyim Asy'ari dan KH Wahid Hasyim, pahlawan-pahlawan nasional, Nurcholis Madjid (Cak Nur), tokoh intelektual Islam, serta budayawan Emha Ainun Najib (Cak Nun).

Konon, kata "Jombang" merupakan akronim daripada dua perkataaan bahasa Jawa, "ijo"  dan "abang",  dengan ijo  mewakili kaum agama, dan abang  mewakili kaum nasionalis. Kedua-dua golongan tersebut hidup berdampingan dan berharmoni di Jombang. Bahkan kedua-dua unsur ini digambarkan dalam warna dasar lambang daerah Kabupaten Jombang.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne