Kaldera (dari bahasa Latin caldaria melalui bahasa Sepanyol caldera, bermaksud "kuali") ialah runtuhan yang dicetuskan oleh aktiviti gunung berapi. Ia sering dikelirukan dengan kawah gunung berapi, walhal ianya adalah sejenis lubang benam, memandangkan ia terbentuk akibat ambelasan hasil dari pengosongan kebuk magma. Pengosongan kebuk magma, lazimnya akibat letusan gunung berapi berskala besar, membawa kepada kegagalan struktur tanah di atas, menyebabkannya runtuh ke bawah.