Kamal Adli

Kamal Adli
Kelahiran
Ahmad Kamal bin Ahmad Adli

(1986-04-16) 16 April 1986 (umur 38)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2008–kini
PasanganUqasha Senrose (k. 2021)
Anak-anak1

Ahmad Kamal Ahmad Adli (lahir 16 April 1986) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.

Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan, Black Belt Kaler Pink dan Black serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa, Rongples Rongtaim dan Perempuan Tanpa Dosa.

Beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013), Abang Long Fadil (2014) dan Takluk: Lahad Datu (2024). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Beliau telah melamar Uqasha Senrose pada 20 Disember 2020, di acara langsung Anugerah MeleTOP Era. Pada 13 Mac 2023, beliau teruk dipukul oleh lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat. [1]

  1. ^ "Kamal Adli teruk dipukul lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat". Berita Harian. 13 Mac 2023. Dicapai pada 13 Mac 2023.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne