Kami Histeria | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Shamyl Othman |
Lakon layar | Rafidah Abdullah |
Cerita oleh | Rafidah Abdullah |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | Diana Danielle Sara Ali Mila Jirin Nad Zainal Umie Omar Nur Fazura Izzue Islam Afdlin Shauki |
Sinematografi | Haris Hue Abdullah |
Disunting oleh | John Hafiz |
Muzik oleh | Loque |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2 Juta[1] |
Pecah panggung | RM 874,000[2] |
Kami Histeria merupakan sebuah filem komedi muzikal seram Malaysia 2014 arahan Shamyl Othman terbitan bersama Red Films,[3] Marna Films, dan Astro Shaw dibintangi oleh Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin, Nad Zainal, Umie Omar, Nur Fazura, Izzue Islam, dan Afdlin Shauki. Ia turut menerima tajaan daripada jenama wafer coklat keluaran Nestle, Kit Kat.
Filem ini mengisahkan mengenai kugiran Histeria yang terdiri daripada Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Princess (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) yang terlalu ghairah mengejar kemahsyuran walaupun dengan cara yang salah. Kisah seram bermula apabila kumpulan ini secara tidak sengaja telah merakam suara langsuir di dalam salah sebuah lagu mereka dan ianya telah menyumbang kepada populariti lagu tersebut dalam masa singkat.
Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 6 Februari 2014 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima ulasan positif daripada pengulas dan pengkritik filem.