![]() Kulit depan cetakan pertama (1979). | |||
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Lat | ||
Negara | Malaysia | ||
Bahasa | Malglish, bentuk pijin bahasa Inggeris | ||
Genre | Komik autobiografi | ||
Penerbitan | |||
Penerbit | Berita Publishing | ||
Tarikh penerbitan | Mei 1979 | ||
Jenis media | Cetakan | ||
Halaman | 144 ms (edisi pertama) | ||
Kawalan kewibawaan | |||
OCLC | 5960451 | ||
741.59595 | |||
LCC | PZ7.L3298 | ||
Kronologi | |||
|
Kampung Boy (juga dikenali sebagai The Kampung Boy atau Lat, The Kampung Boy; Melayu: Budak Kampung) ialah sebuah novel grafik autobiografi karya kartunis Malaysia, Lat yang berkisarkan tentang pengalaman seorang budak lelaki yang membesar di Perak pada 1950-an. Buku ini merupakan keterangan autobiografi kehidupan pelukis, menceritakan pengembaraan beliau di dalam hutan dan lombong bijih timah, berkhatan, keluarga, dan kehidupan persekolahannya. Ia juga merupakan asas bagi penyiaran siri animasi eponim pada tahun 1999 dan pementasan teater muzikalnya pada tahun 2011. Diterbitkan pada tahun 1979 oleh Berita Publishing, Kampung Boy merupakan satu kejayaan komersial dan kritis; cetakan pertamanya (sekurang-kurangnya 60,000 salinan, 16 kali) telah habis dijual dalam tempoh empat bulan pelancarannya. Diceritakan dalam bahasa Inggeris dengan sedikit campur aduk Melayu, hasil karyanya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain, seperti Jepun dan Perancis, dan dijual di luar negara.
Buku ini menjadikan Lat seorang tokoh antarabangsa dan kartunis dipandang tinggi di Malaysia. Ia memenangi beberapa anugerah apabila dikeluarkan sebagai Kampung Boy di Amerika Syarikat, seperti International Outstanding Book bagi tahun 2007 dan Majlis Buku Kanak-kanak dan Senarai Buku Pilihan Penyunting bagi tahun 2006. Kampung Boy menjadi sebuah francais, dengan watak-wataknya menghiasi kalendar, setem, dan kapal terbang. Sebuah taman tema Malaysia dijadual dibuka pada tahun 2012 dengan watak-watak rekaan sebagai sebahagian daripada tarikan. Kampung Boy begitu popular di Asia Tenggara dan telah melalui 16 cetakan semula. Buku ini bersama kesinambungannya, Town Boy (Budak Bandar), yang berkisarkan tentang zaman remaja watak protagonis di bandar, dikeluarkan pada 1981, kemudian diikuti oleh terbitan turunannya, Kampung Boy: Yesterday and Today (Budak Kampung: Semalam dan Hari Ini) yang diterbitkan pada 1993. Lat menggunakan semula latar Kampung Boy untuk membandingkan dan menyamakan perbezaan antara pengalaman zaman kanak-kanak Malaysia pada tahun 1950-an dan 1980-an.