Kangar
Kangaq | |
---|---|
Bandar dan ibu negeri | |
Bandar Kangar | |
Transkripsi Lain | |
• Jawi | كاڠر |
• Tamil | கங்கார் |
Koordinat: 6°26′N 100°12′E / 6.433°N 100.200°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perlis |
Penubuhan Kota Sena | 1653 |
Status perbandaran | 1 Januari 1980 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Pihak berkuasa tempatan |
• Badan | Majlis Perbandaran Kangar |
• Presiden | Norazlan Bin Yahaya |
Keluasan | |
• Jumlah | 1.100 km2 (0.425 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 1,146 |
• Kepadatan | 1,000/km2 (2,700/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kangar (Melayu Utara: Kangaq; Jawi: كاڠر) merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Kangar adalah bandar utama paling utara di Semenanjung Malaysia, terletak di antara Alor Setar dan Padang Besar berhampiran dengan sempadan negara Thailand dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis.
Hari-hari persekolahan dan pentadbiran kerajaan Kangar, Perlis mengikut negeri-negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat dan bukan mengikut Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang beroperasi secara berlainan dan istimewa iaitu pada setiap Ahad hingga Khamis. Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga terletak di bandar ini.
Kereta api ETS juga melalui kawasan Kangar dan Arau dan banyak membantu masyarakat di sana. Perjalanan ke Alor Setar, Pulau Pinang dan Padang Besar ataupun Haadyai dari Arau mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui kereta api berkelajuan pantas dengan kelajuan 140-180km/j. Dengan 4 jam 30 minit juga, kereta api laju ini mampu tiba di Kuala Lumpur dan Gemas iaitu bandar-bandar terakhir perkhidmatan ETS ini.[perlu rujukan]
Radio FM yang tersiar di Kangar mengikut Alor Setar dan Pulau Pinang. IPG Kampus Perlis turut terletak dekat Kangar.