Kapal pembawa helikopter kelas Canberra

Adelaide di Pearl Harbor, Julai 2018
Ringkasan kelas
Pembina: Navantia, Ferrol, Sepanyol and BAE Systems Australia, Victoria
Pengguna: Bendera tentera laut Australia Tentera Laut Diraja Australia
Didahului oleh: HMAS Tobruk, kelas Kanimbla
Kos:
  • A$3.1 billion (2007) untuk dua unit
  • A$1.55 billion (2007) per unit
Dibina: 2009–2015
Ditauliahkan: 2014–kini
Dirancang: 2
Disiapkan: 2
Aktif: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Dok pendaratan helikopter
Sesaran: 27,500 t (27,100 long ton) dengan muatan penuh
Panjang: 230.82 m (757 ka 3 in)
Lunas: 32.0 m (105 ka 0 in)
Draft: 7.08 m (23 ka 3 in)
Installed power:
Jana kuasa:
Halaju:
  • Lebih 20 knot (37 km/j; 23 mph) maks
  • 19 knot (35 km/j; 22 mph) kekal pada muatan penuh
  • 15 knot (28 km/j; 17 mph) ekonomi
Jarak: 9,000 nmi (17,000 km; 10,000 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)
Bot & lancang
yang dibawa:
4 × LLC
Kapasiti:
  • Sehingga 110 buah kenderaan
  • Dek kenderaan berat: 1,410 m2 (15,200 ka2)
  • Dek kenderaan ringan: 1,880 m2 (20,200 ka2)
Trup:
  • 1,046 standard
  • 1,600 muatan lebih
Anak kapal: 358 anggota; 293 RAN, 62 Tentera Darat Australia, 3 RAAF
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
  • 8 helikopter (standard)
  • 18 helikopter (ruang hangar maksima)
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan dengan lompatan ski 13-darjah, 6 tempat tempat pendaratan sebaris di atas dek

Kelas Canberra adalah merupakan satu kelas kapal yang terdiri daripada dua buah dok pendaratan helikopter (LHD) yang telah dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Rancangan untuk meningkatkan armada amfibia RAN telah bermula pada tahun 2000, berdasarkan pada pengalaman Australia dalam mengetuai operasi Pasukan Pengaman Antarabangsa di Timor Timur. Pada tahun 2004, syarikat Perancis Direction des Constructions Navales (DCN) dan Sepanyol Navantia telah dijemput untuk menghantar cadangan tender, di mana DCN telah menawarkan kapal serangan amfibia kelas-Mistral manakala Navantia pula menawarkan rekabentuk "Buque de Proyección Estratégica" (kemudian ditauliahkan sebagai Juan Carlos I). Rekabentuk daripada Sepanyol telah dipilih pada 2007, di mana Navantia bertanggungjawab untuk membina kapal-kapal dari tahap lunas sehingga ke dek penerbangan, dan BAE Systems Australia pula akan mengendalikan fabrikasi sistem-sistem tempur dan komunikasi.[1] Akhirnya, Siemens (Jerman) akan membekalkan dan memasang "azimuth thrusters".[1]

Pembinaan kapal pertama iaitu, HMAS Canberra, dimulakan pada tahun 2008, di mana badan kapal telah dilancarkan pada awal tahun 2011, dan ujian-ujian laut pada awal tahun 2014. Canberra telah ditauliahkan pada bulan November 2014. Kerja-kerja pada kapal kedua iaitu, HMAS Adelaide, bermula pada awal tahun 2010. Adelaide telah ditauliahkan pada bulan DIsember 2015. Ia merupakan kapal terbesar yang pernah dioperasikan oleh RAN, dengan sesaran sebanyak 27,500 tonne (27,100 long ton; 30,300 short ton).

Kapal-kapal ini berpangkalan di Fleet Base East Sydney (yang mana telah mencetus komplen daripada penduduk berhampiran berkenaan bunyi bising jentera, bau ekzos dan halangan permandangan) dan seringkali beroperasi di luar Townsville, bertempat di Lavarack Barracks, iaitu pangkalan bagi Briged Ke-3, Tentera Darat Australia. Selain ditempatkan di North Queensland berhampiran dengan Asia dan Kepulauan Pasifik, salah sebuah batalion infantri dalam Briged Ke-3 iaitu Batalion Kedua, Rejimen Diraja Australia (2 RAR), telah dipilih untuk dijadikan sebagai batalioan infantri amfibia khas dalam tentera darat.

  1. ^ a b Engineering & Technology

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne