![]() Crotone – kapal ke-9 dari kelas Lerici
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Lerici |
Pembina: | Intermarine SpA |
Pengguna: | |
Sub-kelas: |
|
Dibina: | 1985–1997 (kapal dibina untuk Tentera Laut Itali) |
Dibina: |
|
Dirancang: | 5 (Taiwan) |
Disiapkan: |
|
Dibatalkan: | 6 (Thailand) |
Ciri-ciri umum untuk kelas Lerici | |
Jenis: | Penyapu ranjau |
Sesaran: | |
Panjang: | 49.98 m (164 ka 0 in) |
Lunas: | 9.56 m (31 ka 4 in) |
Draught: | 2.9 m (9 ka 6 in) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Jarak: | 1,500 batu nautika (2,800 km; 1,700 bt) at 6 knot (11 km/j; 6.9 mph) |
Bot & lancang yang dibawa: | 2 x kenderaan penyapu ranjau kawalan jauh |
Anak kapal: | 47: 4 x pegawai, 7 x penyelam, 36 x awak-awak |
Sistem penderia dan pemprosesan: | Sonar VDS FIAR SQQ-14 (IT) |
Persenjataan: | 1 × meriam Bofors 40 mm atau 1 × meriam Oerlikon 20 mm |
Ciri-ciri umum untuk kelas Gaeta | |
Sesaran: | 697 tan muatan penuh |
Panjang: | 52.5 m (172 ka 3 in) |
Persenjataan: | 2 × meriam Oerlikon 20 mm |
Nota: | Ciri-ciri lain seperti di atas:[1] |
Kelas Lerici adalah sebuah kapal penyapu ranjau yang dibina oleh Intermarine SpA dan dioperasikan oleh Tentera Laut Itali. Kelas ini juga memiliki dua buah sub-kelas: empat buah kapal pertama dirujuk sebagai siri pertama dari kelas Lerici, sementara lapan buah kapal seterusnya dikeluarkan dengan sedikit perubahan pada rekabentuknya dan dikenali sebagai "siri kedua kelas Lerici" atau kelas Gaeta.
Rekabentuk kelas ini juga menjadi asas bagi pembinaan kapal untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (dikenali kelas Mahamiru), Tentera Laut Nigeria, Tentera Laut Amerika Syarikat (sebagai kelas Osprey), Tentera Laut Diraja Australia (sebagai kelas Huon), dan Tentera Laut Diraja Thailand (sebagai kelas Lat Ya). Tiga buah kapal terkini telah dibina untuk Tentera Laut Finland (sebagai kelas Katanpää). Tentera Laut Republik Korea mengoperasikan terbitan yang tak berlesen, dikenali sebagai kelas Ganggyeong.