![]() | |
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | Charles de Gaulle (R 91) |
Bersempena dengan: | Charles de Gaulle |
Dipesan: | 3 Februari 1986 |
Pembina: | DCNS |
Dibaringkan: | 14 April 1989 |
Dilancarkan: | 7 Mei 1994 |
Ditauliah: | 18 Mei 2001 |
Dalam perkhidmatan: | 18 Mei 2001 |
Dinamakan semula: | Dibaringkan sebagai Richelieu, dinamakan semula Charles de Gaulle pada tahun 1987 |
Pelabuhan asal: | Toulon, Perancis |
Nama gelaran: | CDG |
Penghargaan dan anugerah: | Jack with the colours of the Free French Forces (front) and the ribbon of the Ordre de la Libération (back) |
Takdir: | Aktif (setakat 2009) |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal pengangkut pesawat unik |
Sesaran: |
|
Panjang: | 261.5 m keseluruhan |
Lunas: | 64.36 m keseluruhan |
Draught: | 9.43 m |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 27 knot (50 km/j) |
Jarak: | Tiada had |
Ketahanan: | 45 hari dengan makanan |
Kapasiti: | 800 komando, 500 tan persenjataan |
Anak kapal: |
|
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Charles de Gaulle (R91) adalah satu-satunya kapal pengangkut pesawat milik Perancis yang sedang berada di dalam perkhidmatan aktif. Ia juga merupakan kapal pemerintah bagi Tentera Laut Perancis (Marine Nationale). Charles de Gaulle merupakan kapal pengangkut pesawat ke-10 Perancis dan kapal permukaan berkuasa nuklear pertama Perancis. Ia juga merupakan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama dan satu-satunya yang dibina di luar Amerika Syarikat. Kapal ini dinamakan sempena negarawan dan jeneral Perancis Charles de Gaulle.
Charles de Gaulle membawa pesawat Dassault Rafale M dan E-2C Hawkeye selain peralatan-peralatan moden dan peluru berpandu Aster. Ia merupakan kapal pengangkut pesawat kedua terbesar di Eropah selepas Admiral Kuznetsov. Charles de Gaulle merupakan sejenis kapal pengangkut CATOBAR yang mana menggunakan sistem manjanik sepertimana yang dipasang dan digunakan di atas kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz, iaitu manjanik stim 75 m C13-3.