Kapal selam kelas Scorpene

Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Kapal selam Kelas Scorpène
Pembina:DCNS
Navantia
Pengguna:Bendera tentera laut Chile Tentera Laut Chile

Bendera tentera laut India Tentera Laut India
Bendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia

Bendera tentera laut Brazil Tentera Laut Brazil
Sebelumnya:Kelas Agosta
Selepasnya:Kelas SMX-23
Sub kelas:Asas

Asas-AIP

Kompak
Dalam pembinaan:13
Jumlah disiapkan:11
Jumlah dibatalkan:4
Jumlah aktif:7
Ciri-ciri umum
Jenis: submarine
Sesaran: 1,700 tan
Jana kuasa:
Halaju:
  • 20 knot (37 km/j) (menyelam)
  • 12 kn (22 km/j) (timbul)
Jarak:
  • 6,500 batu nautika (12,000 km) pada 8 knot (timbul)
  • 550 nmi (1,020 km) pada 5 knot (menyelam)
Ketahanan: 40-50 Hari
Kedalaman ujian: Lebih 350 Meter
Anak kapal: 30
Persenjataan: 6 × 533 mm (21 in) tub torpedo untuk 18 Whitehead Alenia Sistemi Subacquei Black Shark heavyweight torpedoes, SM-39 Exocet anti-ship missiles, dan A3SM (MICA) anti-air missiles and 30 mines in place of torpedoes
Nota: Kapal dalam kelas ini termasuk: O'Higgins, Carrera, Perdana

Kapal selam kelas Scorpène merupakan satu kelas kapal selam penyerang berkuasa diesel-elektrik . Ia memperlihatkan pendorongan diesel dan satu tambahan pendorongan bebas udara atau "air-independent propulsion" (AIP), yang telah dibangunkan bersama oleh syarikat Perancis DCNS, sebelum itu dikenali sebagai DCN, dan syarikat Sepanyol, Navantia (Dulu dikenali sebagai Bazan, kemudian Izar).

Tentera Laut Chile telah memesan dua Scorpène, yang akan menggantikan dua kapal selam kelas Oberon yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh Tentera Laut Chile. Tentera Laut DiRaja Malaysia telah memesan dua (dinamakan juga kelas Perdana Menteri, dan Tentera Laut India telah memesan enam. Semuanya akan dibina di Mazagon Dock Limited, India dan tiga terakhir akan dilengkapi dengan modul AIP. Pada tahun 2008, Tentera Laut Brazil telah memesan empat buah Scorpène. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa kapal selam kelima telah dipesan untuk dibangunkan sendiri dengan loji pendorongan nuklear. Walaupun ia mungkin satu jenis kapal selam kelas Barrakuda. [1] Kapal selam Scorpène kelas O'Higgins dan Carrera milik Chile telah disempurnakan dalam tahun 2005 dan 2006 masing-masing, dan buat masa ini hanya dua beroperasi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne