Kapal tempur kelas Bismarck

Bismarck pada 1940
Ringkasan kelas
Nama: Kapal tempur kelas Bismarck
Pengguna: Kriegsmarine
Didahului oleh: kelas Scharnhorst
Diganti oleh: Kelas H (dirancang)
Dibina: 1936–1941
Ditauliahkan: 1940–1944
Disiapkan: 2
Musnah: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal tempur
Sesaran:
  • Bismarck:
  • Tirpitz:
    • 42,900 t (42,200 long ton) standard
    • 52,600 t (51,800 long ton) muatan penuh
Panjang:
Lunas: 36 m (118 ka 1 in)
Draft: 9.30 m (30 ka 6 in) standard[a]
Jana kuasa:
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Jarak:
  • Bismarck: 8,525 nmi (15,788 km; 9,810 bt) at 19 knot (35 km/j; 22 mph)
  • Tirpitz: 8,870 nmi (16,430 km; 10,210 bt) at 19 kn
Anak kapal:
  • 103 pegawai
  • 1,962 lain-lain pangkat[b]
Persenjataan:
Perisai:
  • Belt: 320 mm (12.6 in)
  • Turet: 360 mm (14 in)
  • Dek utama: 100 hingga 120 mm (3.9 hingga 4.7 in)
Pesawat yang dibawa: 4 × Arado Ar 196
Kemudahan penerbangan: 1 double-ended katapel

Kelas Bismarck adalah sepasang kapal tempur yang dibina untuk Kriegsmarine Jerman Nazi sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II. Kapal ini merupakan kapal perang terbesar yang pernah dibina untuk Kriegsmarine. Bismarck mula dibina pada Julai 1936 dan siap pada September 1940, manakala kembarnya Tirpitz mula dibina pada Oktober 1936 dan kerja-kerja selesai pada Februari 1941.

Kedua-dua kapal ini mempunyai kerjaya yang singkat. Bismarck hanya membuat satu operasi, Operasi Rheinübung, iaitu ditugaskan kedalam Atlantik Utara untuk menyerang konvoi bekalan yang dihantar dari Amerika Utara ke Great Britain. Semasa operasi itu, ia memusnahkan kruiser tempur HMS Hood British dan merosakkan kapal tempur baru HMS Prince of Wales dalam Pertempuran Selat Denmark. Bismarck telah dikalahkan dan karam dalam pertembungan terakhir selepas tiga hari diburu oleh Royal Navy. Perselisihan tentang sebab-sebab ia tenggelam berterusan dengan sumber-sumber British mengaku bertanggungjawab menenggelamkan kapal itu. Bukti yang dikaji semula oleh Robert Ballard dan James Cameron menunjukkan bahawa kehilangannya adalah disebabkan ditenggelamkan sendiri sepertimana yang didakwa oleh anak-anak kapalnya yang terselamat.

Kerjaya Tirpitz agak kurang dramatik; ia telah dihantar ke perairan Norway pada tahun 1942, dimana ia bertindak sebagai armada bayangan, mengancam konvoi-konvoi dari Britain ke Soviet Union. Ia telah diserang berulangkali oleh Royal Navy dan Tentera Udara Diraja. Pada tahun 1944, pesawat pengebom Lancaster menyerang kapal itu dengan tiga bom Tallboy yang menyebabkan kerosakkan dalaman yang teruk dan kapal tempur itu akhirnya terbalik. Bangkai Tirpitz telah dipecah-pecahkan untuk menjadi sekerap antara tahun 1948 dan 1957.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ a b Gröner, m/s. 33–35.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne