Kapal terbang penumpang

Kapal terbang penumpang
Boeing 747-400, salah sejenis kapal terbang penumpang yang paling dikenali dalam sejarah
Peranan {{{type}}}
Pengeluar {{{manufacturer}}}


Kapal terbang penumpang atau pesawat penumpang (bahasa Inggeris: airliner) ialah sejenis pesawat kepak kaku yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Kapal terbang sedemikian selalunya dimiliki oleh syarikat penerbangan. Walaupun takrifan kapal terbang penumpang mungkin berbeza dari negara ke negara, namun kapal terbang penumpang biasanya ditakrifkan sebagai pesawat yang bertujuan mengangkat bilangan penumpang yang ramai dalam perkhidmatan komersil; Sikorsky Ilya Muromets dari Rusia merupakan pesawat penumpang rasmi pertama yang memenuhi takrifan ini. Pesawat ini melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 1913, maka lahirnya industri penerbangan komersil. Industri ini beransur-ansur berkembang maju selama puluhan tahun yang berikutnya dan pesat membangun selepas Perang Dunia II.[1]

  1. ^ Jarrett, Phillip. eds. Modern Air Transport: Worldwide Air Transport from 1945 to the Present. London: Putnam, 2000.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne