Kari | |
---|---|
![]() Kari ayam | |
Jenis | Hidangan ![]() |
Tempat asal | anak benua Indoa |
Kawasan/rantau | Seantero Dunia |
Bahan utama | Daging atau sayur, minyak, rempah ratus |
Bahan yang biasa digunakan | Rempah ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kari (Jawi: کاري ) ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.