Koordinat: 14°31′32″N 75°49′06″W / 14.52556°N 75.81833°W
Karibia[4](Jawi: كاريبيا ) merupakan sebuah wilayah atau bahagian di Amerika yang terletak di sekitar Laut Caribbean. Utaranya ialah benua Amerika Utara, di timur ialah Amerika Tengah dan di selatan ialah benua Amerika Selatan.
Terletak kukuh pada Plat Caribbean, kawasan ini mempunyai 7000 pulau, terumbu karang dan pelbagai bentuk pinggir laut yang menarik.
Hindia Barat (kawasan darat di Caribbean) terbahagi kepada Kepulauan Antillen Besar, Kepulauan Antillen Kecil (termasuk Kepulauan Antillen Lindung Angin ) dan Bahamas. Bermuda juga terletak di sini, di bahagian utara berhampiran dengan Lautan Atlantik, namun kawasan tersebut biasanya dianggap sebagai sebahagian dari Amerika Utara.
Asal nama Caribbean ialah nama sekumpulan penduduk keturunan Amerindian yang wujud seawal abad ke-15. Asalnya ialah dikenali sebagai Hindia Barat (West Indies) kerana Christopher Columbus mempercayai bahawa tempat itu sebahagian dari benua Asia. Sedangkan lokasi tersebut sebenarnya benua yang baru ditemui iaitu benua Amerika. Kebanyakan tempat di Amerika diberi nama yang menyerupai nama di Sepanyol, Britain, Portugal dan Perancis.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan