Kartina Aziz | |
---|---|
Kelahiran | Kartina binti Abdul Aziz 31 Mei 1955 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1984–kini |
Terkenal kerana | Mak Jah dalam drama Rumah Kedai |
Anak-anak | 2 |
Hubungan | Kayatina Aziz (adik) |
Kartina Abdul Aziz (lahir 31 Mei 1955) merupakan pelakon dan pelawak Malaysia yang popular sejak era 80an. Beliau terkenal menerusi drama Rumah Kedai serta filem Mami Jarum. Antara drama lakonannya ialah Mentua Oh Mentua, Cik Yah Ke Udara, Mahligai Gading dan Liat.
Ketika Festival Filem Malaysia ke-16, beliau telah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik. Pada tahun 2009, beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2009 menerusi lakonannya dalam drama Mama Nenek.