Charles John Huffam Dickens (7 Februari 1812 – 9 Jun 1870) yang biasanya digelar sebagai "Dickens" sahaja merupakan pengarang novel British yang teragung pada zamannya. Banyak daripada karyanya telah dipadankan untuk pementasan sewaktu hidupnya dan sebuah filem bisu berdasarkan Kertas Pickwick juga dibuat seawal-awal 1913. Pengkritik-pengkritik memuji Dickens kerana penguasaan prosa, kecekapan perekaan watak serta kepekaan sosial yang amat kuat.